Friday, February 17, 2012

Episod 9

Kerana aku cikgu baru...

Banyak tanggugjawab diletakkan di bahu aku...dan aku pula tak boleh nak tolak...Kadang-kadang terasa diri teraniaya tapi nak buat macam mana, bidang ini yang aku pilih, maka aku terima lah cabarannya.

Setelah hampir sebulan di sini, setakat ini, aku telah diberi tugasan untuk:-

1) menyiapkan papan kenyataan KSSR dan LINUS
2) menjadi SU Pengakap
3) menjadi guru Kelab Doktor Muda
4) Melatih pasukan bola jaring sekolah dan membawa mereka ke pertandingan
5) Mengendalikan Bilik SAL
6) Menyediakan kertas ujian BI untuk darjah 4
7) Melukis mural di tangga
8) Melatih murid untuk Pertandingan Bercerita
9) Melatih murid untuk Action Songs untuk pertandingan
10) Membuat kertas kerja memohon kewangan dari PIBG untuk buku latihan tambahan

Nampak macam mudah semua ...memang mudah, InsyaAllah. Cuma nya aku jadi kelam kabut sikitlah, nak ligan semua. Walaupun tugasan banyak, P&P kena bersedia juga. Kalau takde perancangan untuk P&P, kelas akan jadi celaru, tak boleh control. Budak-budak ni bukan nya boleh biar hatta sesaat. Bising, sudah pasti. Kalau takat bising boleh tahan lagi, yang risau bila budak-budak mula bergaduh atau membuli kawan. Jap lagi, ada la yang menangis. Aku kalau budak nangis aku start gabra ah. Tak reti nya lah aku nak memujuk. Kalau anak sendiri, memang aku biar je. Lantak ko lah nak nangis ke nak hapa. he he. Tapi dah tanggungjawab mendidik anak orang, aku kena la tengok kedua-dua, yang menangis pun kena pujuk, yang lain pulak kena control.

Berbalik pada tugasan, dah dekat sebulan ni aku dah dapat kenalpasti jenis 'politik' yang ada di sekolah. Bukan politik pilihanraya tu, tapi politik tempat kerja. Biasalah, kerja di sekolah memang banyak, sapa suka kerja banyak-banyak kan. Tanya aku, aku pun tak suka. Jadi wujudlah jenis manusia yang kalau boleh nak delegates keja kat orang dengan alasan keja dia sudah banyak, itu dan ini. Ada setengah tu, aku tak kata pun tak nak buat, terus dia gunakan nama PK untuk 'mengukuhkan' lagi hujah bahawa kerja itu aku lah yang kena buat...padahal keja senang aje, tapi kalau dah Mim Alif Lam Sim, keja korek telinga pun susah. he he. Takpe lah, aku terima, aku redha dan aku redah aje.

Gambar kat atas tu adalah budak-budak comel dari prasekolah di sekolah aku. First time aku kena relief (guru ganti) untuk prasekolah! He he best giler jadi cikgu prasekolah ni. Sebab keadaan kelas yang sangat homy...dan tak berapa stress...aktiviti-aktiviti pun yang ringkas dan fun je. Budak-budak ni pulak pandai bercakap, macam-macam benda dorang nak citer. Dan kalau dibagi satu-satu tugasan, semua buat, best nya kalau murid-murid kelas aku pun semua macam tu. Tapi bak kata omputih 'In your dreams lah..' haha. kena lah aku berpijak di bumi yang nyata, dan kena lah aku hadapi juga cabaran semua tu. Harap kesabaran aku lebih bertambah-tambah tebal. - L

Saturday, February 11, 2012

Episod 8

Beri motivasi dan dapat motivasi

Sekarang ni kan aku kena train budak-budak untuk main bola jaring, walaupun aku ni bukan la reti main pun. Masa kpli aritu, tak sempat nak belajar semua games dan aspek kepegawaiannya. Yang kami sempat belajar ialah aspek kejurulatihan dan kepegawaian olahraga serta balapan.

Tapi sebab aku dah diberi tanggungjawab ni, tak boleh lah aku lepas tangan saja kat cikgu-cikgu lama yang jauh berpengalaman. 

Dalam seminggu, 2 kali aku kena datang untuk tengok budak-budak berlatih. Sambil tu aku pun belajar tentang permainan ni. Kesian kan aku? Bola jaring pun tak reti. huhu.

Masa mula-mula datang tengok, memang aku dok tepi padang je sebab tak tau nak buat apa. Aku cuma tengok je samada Cikgu Suraya atau Cikgu Salasiah jadi coach dorang. Dua orang cikgu ni memang hebat, sangat pro gaya mereka. Patut la pasukan bola jaring sekolah aku tu selalu dapat kemenangan. Tu yang makin rasa tugas ni mencabar.

Dah 2,3 kali bertugas, aku pun dah ingat sikit-sikit nama budak-budak terutama yang jadi GS, GK dan C. Masa buat warm up aku terpikir nak bagi motivasi kat dorang sekali. Chewah konon. Bukan apa, aku nak ajar aspek skill tak berapa reti, jadi aku ajar apa yang aku reti. Masa latih buat lontaran, aku citer kat dorang pasal 'law of attraction' supaya kita boleh menang sesuatu perlawanan. Aku ajar dorang macam mana nak 'komunikasi' dengan bola tu supaya bola tu sentiasa kita boleh tangkap dan boleh lontar dengan tepat samada semasa pass bola kepada kawan atau semasa shoot. Aku suruh dorang 'panggil' bola tu datang. Macam-macam perkataan budak-budak ni sebut. 'Come to Mama' lah ...'saya nak bola!' lah 'Mai la bola ku sayang', dan Alhamdulillah, memang bola tu dorang dapat tangkap dan tak tiris-tiris lagi. Sebelum ni aku tengok dorang ni tangkap bola semedangnya tak 'kejap', asyiklah nak terlepas. Dengan tunjuk ajar cikgu coach dan sedikit perkongsian ilmu dari aku mudah-mudahan pasukan ini menang lah dalam perlawanan yang sebenar nanti.

Keesokannya pulak, hari Sabtu, sekolah aku ada buat program kem kepimpinan untuk pengawas sekolah dan LDP untuk guru-guru. Buat kat Kem PLKN Seri Impian, Relau Kedah. Kali ni aku pulak dapat motivasi dari penceramah motivasi yang nama nya mula meningkat iaitu Tuan Syeikh Ghani al-Ganuni (itu nama FB nya, sebab dia orang Ganu, hihi). Penceramah ni antara alumni ESQ yang pertama jadi cara dia bagi motivasi pun ada gaya-gaya seminar ESQ tapi tidaklah segrand itu. Tapi ilmu yang disampaikan tetap berguna sebagai peringatan. Tajuk nya tentang Transformasi Pemangkin Diri dan Organisasi' Wah hebat gitu. Alhamdulillah syukur, inilah antara impian yang menjadi kenyataan, iaitu dapat join program yang bermanfaat. Meskipun perkara yang disampaikan itu ada yang aku dah tahu tapi still aku rasa menarik sebab cara penyampaian nya berbeza. Aktiviti selingan yang dibuat pun menarik jugak. Ada jawab teka-teki, cari benda tersembunyi, mendapatkan biodata kawan-kawan, yang ni memang kelakar sebab kami diberi satu borang untuk diisi. Dalam tu ada column untuk diisi serba sedikit biodata kawan. Contohnya 'Rakan Yang Paling Happy Go Lucky', so kena isi nama nya, nama kampungnya dan fesyen disukai. Kalau untuk 'Rakan yang Bertudung Biru' kena pulak tanya nama nenek nya dan kereta milik suaminya. Seronok, sebab cikgu-cikgu SK Jawi ni semua sporting.

Sedikit dapatan yang aku ingat dari program ini ialah, satu, tanya diri kita adakah hari ini lebih baik dari semalam, atau sama saja dengan semalam atau lebih buruk dari semalam. Jika jawapannya yang nombor satu tu bagus lah kalau banyak yang kedua dan ketiga, kena lah buat sesuatu untuk berubah jadi lebih baik. Kehidupan kita ni singkat sahaja, kalau ada peluang untuk baiki diri dengan ilmu atau perbuatan yang baik-baik, lakukan saja. Dapatan kedua, ialah 'lebih baik orang ramai tak suka kita tapi Allah suka berbanding dari ramai orang suka kita tapi Allah tak suka'. Dengan berfikir cara ini, InsyaAllah takde masalah untuk kita buat sesuatu yang kita rasa betul walaupun terpaksa melawan arus besar dari orang lain. - L

Sunday, February 5, 2012

Episod 7

 Jom pi Penang

Masuk tahun 2012 ni, bermakna dah 5 tahun lah aku jadi warga Penang. Walaupun cuma dok macam biskut je kat umah di Paya Terubong tu, tapi setiap kali balik tetap lah rasa happy sebab bercuti di rumah sendiri kan.

Tahun 2011 hari tu memang sibuk dengan KPLI, jadi takde masa nak berjalan-jalan sangat kecuali gi shopping, makan-makan atau tengok wayang saja. Tahun ni dah start mengajar walaupun gaji lum dapat tapi tidaklah sibuk macam tahun lepas. Jadi, ada masa tu, bawaklah Luqman berjalan ke tempat yang dia nak pegi.

Semalam kami pi naik Bukit Bendera. Ni la first time naik keretapi kabel yang baru. Memang laju giler...tak sempat nak berfeeling pun dalam ketapi tu. Dulu dapat jugak la pelan-pelan tengok keindahan alam (wah konon..), pastu benti kejap kat stesen tengah, pastu berlari-lari anak tukar tren. Kini takdak lagi, berdesup dari bawah ke atas. Perkhidmatan memang semakin baik lah. Walaupun Q panjang masa beli tiket dan masa nak naik tren, tapi idak lah sampai stress tahap gaban. Kipas dan aircond pun di pasang merata alam untuk bagi keadaan selesa.

Sebelum pi bukit bendera, hari sabtu tu Am exam kastam kat Dewan Sri Penang. Sambil nunggu dia, aku bawak Luqman gi tengok kat dalam Kota Fort Cornwallis. Dulu hari Ahad tutup kot, sekarang hari-hari pun buka. Aku penah masuk sekali je dengan Am. Ni kali kedua bagi aku, 1st time bagi Luqman. Takde apa sangat kat dalam tu...tapi kalau nak amik gambar dengan patung Francis Light dan meriam-meriam kat sana, boleh lah. Bayar pun rm2, kanak-kanak rm1 je.

Masa cuti raya cina pulak kami pi mandi kat teluk bahang. Lama dah tak mandi laut. Eh, aku last mandi laut masa KPLI la. BIG buat kat batu feringgi dan masa kursus pendidikan luar buat kat teluk batik. Tapi mandi laut sekeluarga nukleus aku ni, dah lama. Mula-mula aku malas sebab nak bersalin baju bagai. Tapi lepas satu jam asyik kena goda je, akhirnya aku pun tewas. Nah, berendam, berpanas la satu jam. Esok hari nya muka burn gila. Buruk betul jadinya. Tapi sekarang dah ok lah.
  5 tahun jadi orang Penang, aku masih belum rasa jemu melawat tempat-tempat kat sini. Sebab selalu ada pembaharuan. Pada masa akan datang, akan ada pelbagai lagi tempat menarik kat penang contoh macam Escape Penang dan jambatan kedua dijangka siap 2013. Kengkawan kalau nak datang Penang, boleh lah roger aku, InsyaAllah aku sudi tunjukkan jalan dan tempat menarik yang kita boleh pegi. Macam semalam gi Bukit Bendera tu actually tak plan pun, tapi sebab adik aku dengan kawan-kawan dia yang datang dari Taiping nak gi Bukit Bendera, aku tunjukkan jalan. Last-last aku pun naik sama.

Tahun 2012 masih lagi menjadi tahun melawat penang, kalau datang tahun ni masih banyak lagi program pelancongan sedang berlangsung. Sampai ujung tahun nanti ada pesta penang sekali lagi. Mai no, jangan tak mai! - L






Saturday, February 4, 2012

Episod 6

Sibuk sangat ke?

Hari tu cik Not ada mengechat dengan aku, tapi aku dah offline. Dia tanya aku bizi sangat ke sebab dah tak nampak online. Hm. memang betul aku bizi sejak-sejak jadi chegu ni. Maklum lah aku cikgu baru, kalau diberi tugas, aku tak patut tolak. Walaupun ada keja lain, aku tetap terima (ya memang ikhlas), cuma aku akan kelam kabut sikit dan akhirnya aku jadi penat sangat. 

Waktu balik sekolah sepatutnya 1.35 tapi tak pernah la balik sharp ataupun lebih 5 minit. Paling awal pun, pukul 2. Sebab biasanya aku akan siapkan sikit lesson plan aku untuk esok. Boleh katakan hari-hari ada aktiviti selepas sekolah. Dengan 1 Murid 1 Sukan, Ko-K hari Rabu dan sekarang aku kena latih budak main bola jaring. Dorang nak lawan bulan 3 nanti, jadi sekarang ni memang tengah latihan intensif lah. Setiap hari pukul 4.30 - 6.30 petang. Setakat ni aku dah 2 kali ditugaskan untuk latih. Aku bukan reti pun, aku cuma suruh dorang warming up, latih baling bola je. Bila dorang main, cikgu yang lama akan jadi pengadil. Biasanya 2 orang cikgu kena tengok budak berlatih. Hari selasa biasanya aku jadi penat sangat sebab pagi tu aku ada 2 kelas PJK dan kalau aku kena tunggu 1M1S, balik rumah aku macam nak pengsan! 

Tak, aku takkan kata 'Sapa kata jadi cikgu senang?' sebab dulu aku tak suka dengar statement tu. hehe. Aku tau memang takde sapa pun kata keja orang lain tu senang atau susah. Coz semua ada bahagian masing-masing, kalau nak banding dengan keja lama aku tu, lagi susah, cuma dulu ngadap keja-keja akaun, ngadap komputer, sekarang ni ngadap budak-budak. Stress nya sama, cuma situasi berbeza. Walau macam mana pun, kerjaya guru adalah impian. Jadi kepenatan tu lebih mudah diatasi kerana minat. Berbanding keja yang lama, buat kerja kerana tanggungjawab, Alhamdulillah, aku rasa, aku tak meninggalkan 'taik' kepada company lama. Tak pernah juga aku tak siapkan keja yang diberi. Cuma kerana tak de minat, maka takde mood nak datang keja, maka penatnya lebih susah nak hilang. Sekarang ni, datang keja seronok sebab boleh buat banyak perkara baik. Dulu bukan tak boleh, tapi terhad. So syukur banyak-banyak kepada Allah dengan peluang yang diberi sekarang.

Selain guru bola jaring, aku juga memegang jawatan S/U Pengakap. Banyak benda yang aku kena belajar balik sebab ketua aku dalam Pengakap pun takde pengalaman. Risau jugak aku nak jadi S/U ni. Bukan risau keja banyak, tapi risau aku tak buat keja dengan betul. But i guess i dont have choice but to do it. Just do it. Itulah yang selalu dalam minda aku. Kalau aku pikirkan 'tak nak' atau 'malas' atau macam-macam alasan nak elak, makin banyaklah aura negatif dalam diri aku. Jadi sebelum pikir alasan untuk malas, aku terus je terima dan kalau boleh siap cepat, kejap-kejap tu jugak aku buat. Bukan aku nak tunjuk pandai ke apa, tapi aku cuma menolong diri aku sendiri agar terhindar dari perkara negatif. Syaitan ni, dia tunggu masa je kita ni lalai. Bila terlintas je 'malas' kejap tu jugak dia cucuk kita supaya buat lagi benda-benda yang takde faedah. So, jangan bagi syaitan menang.

Sekarang ni waktu tido aku pun dah di forwardkan ke pukul 10 sebab aku nak kena bangun pukul 5.15 atau 5.25. (kenapa tak 5.30 je?) oh sebab kunun-kunun 5 minit tu untuk aku berpisat-pisat mata, nguap-nguap, ngeliat-ngeliat, kemudian baru betul-betul bangun tido. Hehe. Bak istilah yang kak Wa selalu sebut 'mujahadah' aduh memang mujahadah lah nak bangun awal ni. Biasa bangun kul 6. Sekarang bangun awal, buat breakfast, kadang-kadang iron baju (sebab malam mesti tak sempat iron baju). Kul 8 nak tengok keja sekolah Luqman, kul 9 ke aku lengkapkan lesson plan dan siapkan beg Luqman dan beg aku juga dan keluarkan baju untuk dipakai esok. Tu yang pagi-pagi baru mengiron. Memang aku ni jenis tak organize, tak pandai arrange masa macam kebanyakan ibu-ibu bekerja. Ada satu hari aku dah terlewat 2 minit untuk key in  waktu masuk keja. Aduh, merah pulak attendance aku, dah la baru je masuk sekolah. Itu yang buat aku semakin kena mujahadah lah untuk hari-hari seterusnya. Aduh, penat... - L

Wednesday, February 1, 2012

Episod 5

Nak garang ke tak?

Bagi guru yang baru posting, memang isu nak garang ke tak tu antara yang utama dipikirkan. Maklum sahaja murid-murid mempunyai pelbagai perbezaan. Macam yang aku citer sebelum ni, tahun ni aku ajar BI darjah 3 Pintar, 4 Gemilang dan 4 Pintar, Muzik darjah 5 Pintar, PSK (sivik) darjah 4 Gemilang, dan PJ darjah 5 Pintar dan 5 Gemilang. Kalau kelas Gemilang ni adalah kelas yang paling pandai. Memang sangat pandai budak nya, pandai cakap, pandai main, pandai bodek, pandai berhelah, pandai buat bising dan paling pandaiiii stresskan cikgu. Kelas Pintar pulak kategori sederhana. Ada yang lambat sangat, ada pulak yang cepat dapat apa yang kita ajar. Apapun ini pengalaman baru buat aku untuk handle kelas pandai sebab masa aku praktikum aritu aku diberi kelas terakhir.

Berdepan dengan budak-budak ni, aku tak tau nak jadi garang ke nak jadi apa? Kebanyakan kawan-kawan dan rakan guru bagi tips supaya 'kena garang-garang' kalau tidak, budak-budak tak nak dengar cakap. Memang betul pun, budak sekarang ni pandai buli cikgu, siaplah kau kalau berlembut sangat. Tapi, aku ni memang tak boleh garang, kot. Tapi aku pun tak la lembut sangat. Aku jenis percaya 'what u give u get back', kalau bagi kasar dapat kasar, bagi negatif dapat negatif. Aku prefer cara aku, cara motivates, iaitu memuji-muji walaupun sedikit sahaja perubahan positif yang berlaku.

Aku belajar dari FB Prof Ainon Mohd pun macam tu. Teknik memuji sebenarnya menyelesaikan banyak masalah! Teknik ni diadaptasi dari cara bagaimana Nabi Muhammad SAW menyelesaikan masalah yang dihadapkan kepadanya. Jika ada ummat datang mengadu, Nabi 'highlight' dulu perkara-perkara positif tentang pengadu, sehingga lama kelamaan masalah asal yang diadukan seolah-olah hilang kerana aura positif yang Nabi sebarkan. Teknik aku tidak lah seperfect teknik Nabi malahan tak menyamai pun teknik yang diajar dalam kursus yang Puan Ainon anjurkan tu. Cuma aku aplikasi setakat pemahaman aku saja. Alhamdulillah, so far, belum lah ada murid yang kurang ajar, yang tak mahu mendengar kata dan membuli aku. Sebelum masuk kelas aku berdoa dari ayat 4 surah yusuf dan juga ayat seribu dinar, mudah-mudahan lembut hati murid-murid aku untuk mendengar kata dan mahu pula belajar.

Anak-anak murid aku, macam anak-anak aku jugak. Kadang-kadang memang mencabar perasaan, tapi tak boleh terus marah kalau dorang benar-benar tak tahu, tapi kalau dah tau masih buat jugak yang negatif, itu memang nak kena babap! Biasanya budak-budak ni masa tahap 1 je yang nakal, bila dah naik tahap 2 terutama bila dah darjah 5 dorang dah matang sikit. Kalau darjah 4 tu (baya Luqman) masih ada kebudak-budakannya (belum terima hakikat dah tahap 2, hahaha). Apapun setakat ini, semua murid-murid aku sayang, takde pun yang aku benci dan aku juga sudah mulai menyukai kerjaya baru ku ini. -L

Saturday, January 28, 2012

Episod 4

Doa yang dimakbulkan

Hari ini aku memenuhi jemputan Ustazah Noremah atau kak Emah ke rumahnya, ada kenduri kesyukuran sempena masuk ke rumah baru. Aku pegi dengan Jamnah, cikgu J-Qaf yang sama batch kpli dengan aku, dia ditempatkan di sekolah tu, bulan 6 ni dia tamatlah kpli. jqaf memang kpli nya setahun setengah sebab kursusnya macam KDC.

Kenapa aku kata doa yang dimakbulkan tu ialah kerana dapat hadir majlis seperti inilah. Memang dah lama aku impikan suasana mempunyai kawan-kawan yang ramai, meraikan majlis, menghadiri kenduri-kendara, kalau boleh, dapat bersama di majlis yang berilmu dan Islamik. Tapi majlis mengeratkan ukhuwah ni dah cukup seronok bagi aku. Dulu masa aku keja opis lama, mana lah dapat merasa ni semua. Kalau ada pun majlis makan-makan, yang memang lah tak islamik langsung. Kalau nak buat semua tu, inisiatif sendiri dan sorang-sorang je lah, contoh macam solat dhuha atau solat jemaah. Aku teringin sangat nak rasai seronoknya dapat attend majlis bacaan yaasin, solat jemaah, kenduri macam ni. Masa praktikum di SKBG pun aku dapat join majlis ilmu macam ceramah Isra' Mikraj, bacaan yaasin, solat hajat, malah aku dapat solat sunat dhuha sesekali di surau sekolah. Dari situ lagi, dengan penuh kesyukuran, padat-padat aku berdoa ya Allah jadikanlah semua ni permulaan yang baik agar di masa hadapan aku dapat menggarap sebanyak-banyak peluang untuk melakukan perkara-perkara yang Allah sukai.

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, Maha Mendengar dan Maha Berkuasa untuk mengatur yang terbaik untuk hambaNya. Asalkan, kita meminta dan berharap hanya pada Dia. Hasil solat hajat dan doa tak putus, tiba-tiba sahaja datang peluang bertukar sekolah ke SK, sedangkan kursus aku adalah untuk SJKT. Dan tempatnya tak jauh pula dari rumah. Subhanallah. Inilah tanda kuasa Allah, tiada yang mustahil bagi Dia. Allah tahu apa yang aku impikan, apa yang aku nak selalu lakukan, di tempat yang paling sesuai untuk aku. Maka Dia aturkan aku ke sekolah ini, ditemukan aku dengan  sahabat guru-guru yang baik-baik, dan peluang yang semakin luas untuk aku beribadat dengan lebih baik dalam suasana yang selesa. Dah dapat semua ni, sampai aku rasa takde apa lagi yang aku nak minta, walaupun Allah sentiasa boleh beri apa sahaja lagi yang hambaNya minta. Begitulah gambaran seronoknya aku dapat peluang yang dah lama aku impikan. Ya Allah terima kasih atas doa yang Engkau telah makbulkan. Amin Ya Rabbal Alamin... - L